Koperasi Musang King Berhad

Pengenalan MK Coop

Komuniti platfom untuk mengumpul durian lover untuk sama-sama dapat pendapatan bersama. Ianya juga untuk membantu para usahawan untuk menambahkan pendapatan melalui jualan projek atau produk berasakan durian. Selain dari itu, ianya memberi peluang kepada pemegang saham menyertai perniagaan Musang King.

Aktiviti Perniagaan

i. Perladangan Komersial
ii. Projek Durian Resort
iii. Pajakan Dusun Durian
iv. Produk berasaskan durian

Aktiviti MK Coop

1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut Undang-undang Kecil 7 amnya dan 8 Khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan peraturan-peraturan –

a) Menjalankan aktiviti berikut:

i. Tanaman;

ii. Perladangan; dan

iii .Industri asas tani;

b) Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;

c) Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memilik harta alih dan harta tak alih;

d) Melaburkan wang berlebihan di dalam perkarayang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

e) Mengadakan subisdiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;dan

f) Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain

2) Bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan—

a) Modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan

b) Pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya degan menurut subseksyen 50(1)(e) Akta kecuali daripada mana-mana isntitusi kewangan yang berlesen atau koperasi yang ditentukan oleh Suruhanjaya, menurut subseksyen 50(1)(ea) dan subseksyen 50(2) Akta.

Syarat Kelayakan

a) Warganegara Malaysia

b) Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun

c) Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam Kawasan koperasi ini:, dan

d) Bukan seorang yang :

i. Tidak upaya dari segi mental;

ii. Bankrap yang belum dilepaskan;

iii. Terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan

iv. Telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Fi Masuk

a) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM 100.00 (Ringgit: Satu Ratus)

b) Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika pemohonnya ditolak oleh Lembaga

c) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 100.00 (Ringgit: Satu Ratus)

d) Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh 6 (Enam) bulan selepas kematian anggota itu tidak dikenakan fi masuk

e) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi

Kelebihan Anggota MK Coop

a) Dividen tahunan yang tinggi ( 5%-15%)

b) Peluang menjadi usahawan KO-MK

c) Kemudahan Durian Resort

d) Diskaun produk / projek KO-MK

e) Pendapatan pasif sehingga 20 tahun

Contoh Sijil MK Coop

× Boleh saya bantu anda?