Business Partner

Program SMART-TIJARI menawarkan pelbagai peluang perniagaan di dalam industri agromakanan baik di peringkat huluan mahupun hiliran. Di bawah konsep perniagaan pintar, Rakan Niaga perlu terlibat secara aktif namun boleh menjana pendapatan tetap melalui 4 model utama iaitu:

1. Ijarah di mana Rakan Niaga boleh menikmati pendapatan tetap melalui kontrak pajakan

2. Murabaha di mana Rakan Niaga boleh menikmati pendapatan tetap melalui keuntungan jualan aset

3. Mudharabah di mana Rakan Niaga yang merupakan Rabbul-Mal (Pemodal) menikmati pendapatan melalui keuntungan projek agromakanan dan produk berasaskan durian; dan

4. Musyaraka di mana Rakan Niaga yang merupakan Rabbul-Mal (Pemodal) menikmati pendapatan melalui keuntungan dari projek perumahan dan pembangunan tanah lot banglo.

Rakan Niaga boleh memilih samada ingin menjana pendapatan pendapatan tetap dan pendapatan tinggi (perkongsian keuntungan) mengikut tempoh kontrak jangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Model dan struktur perniagaan adalah berasaskan kontrak syariah yang lazim dipraktiskan di Malaysia.

Dapatkan penerangan lanjut berkenaan peluang pendapatan lumayan melalui perniagaan pintar daripada Konsultan MKWORLD.

× Boleh saya bantu anda?