Konsep pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen pendapatan tetap patuh syariah dan faedah gaya hidup melalui pemilikan Aset Musang King di Premium Agrofood Valley.
Melalui kontrak Ijarah (pajakan pokok), rakan niaga yang merupakan pemilik pokok boleh menjana pendapatan tetap selama 20 tahun daripada bayaran pajakan pokok yang dimiliki. Rakan Niaga bakal menikmati pendapatan tetap pada kadar 6 – 7% setahun sewaktu pra-hasil (selama 4 tahun) dan 15 – 30% setahun (tertakluk kepada Kontrak Ijarah) selepas pokok boleh dituai (selama 15 tahun). Pendapatan ini akan dinikmati seawal tahun pertama bagi setiap suku tahunan. Ia merupakan peluang perniagaan jangka masa panjang yang amat sesuai dijadikan Perancangan Legasi (Legacy Planning).
Aset Musang King tersebut lengkap dengan sijil pemilikan, sijil jaminan (warranty) dan kontrak pendapatan tetap. Paling menarik, rakan niaga boleh memantau perkembangan dan tumbesaran pokok melalui telefon pintar.
Melalui Kontrak Ijarah (Pajakan Pokok), Rakan Niaga tidak perlu menanggung sebarang risiko kerana pokok tersebut mempunyai waranti daripada pihak MKWORLD dan segala kos penjagaan dan operasi akan ditanggung sepenuhnya oleh MKWORLD.
Rakan niaga boleh menyertai festival durian bersama keluarga seawal tahun pertama dan menikmati kemudahan yang disediakan di Premium Agrofood Valley.
Sekiranya anda berminat menjana pendapatan tetap selama 20 tahun, sila dapatkan penerangan lanjut berkenaan daripada konsultan MKWORLD.
Rakan Niaga yang berminat mengukuhkan pendapatan jangka masa pendek boleh meneroka peluang perniagaan sebagai salah seorang pemodal di dalam pembangunan Premium Agrofood Valley.
Pendapatan tetap patuh syariah ini boleh mencecah 15 – 25% setahun selama 1 hingga 3 tahun tertakluk terma Asset Murahaba yang dimasuki. Biasanya RPS yang ditawarkan diluar sana tidak disandarkan kepada mana-mana aset cagaran yang senilai dengan modal yang disumbangkan.
Menariknya, melalui RPS Asset Murabaha, modal Rakan Niaga akan disandarkan kepada Aset Musang King yang dimiliki oleh MKWORLD dan menjadikan modal yang disumbangkan selamat dan berisiko rendah sepanjang tempoh kontrak.
Sekiranya anda berminat menjana pendapatan tetap selama 3 tahun, sila dapatkan penerangan lanjut berkenaan daripada konsultan MKWORLD.