TENTANG KAMI

MWKORLD HOLDINGS BERHAD (MKWORLD) telah diasaskan oleh Dato’ Hifdzi Hamzah bersama En Mazlan Ismail dan Datin Zaliza Zahari. MKWORLD serta anak-anak syarikatnya merupakan rangkaian syarikat yang ditubuhkan untuk menerajui sektor agromakanan baik diperingkat huluan mahupun hiliran. Rangkaian syarikat MKWORLD dimiliki sepenuhnya oleh MKWORLD CAPITAL BERHAD (MKCAPITAL).

MKWORLD terlibat di semua peringkat rantaian bekalan baik di peringkat upstream, midstream dan downstream sebagai persiapan untuk ke Tawaran Awam Awal (Initial Public Offering). MKWORLD menjangkakan pengeluaran durian Musang King dapat menyumbangkan sehingga 5% pengeluaran Musang King negara menjelang 2026 dan pengeluaran sehingga 10% – 12% menjelang 2031.

STRUKTUR KUMPULAN

Di bawah pelan pembangunan Premium Agrofood Valley, MKWORLD bukan sahaja tertumpu kepada pengeluaran durian premium Musang King dan Duri Hitam, tetapi turut merancang untuk mengembangkan beberapa sektor agomakanan premium lain seperti kelah, udang galah, ternakan kambing dorper, ternakan lembu wagyu, ternakan rusa serta ayam organik.

Premium Agrofood Valley (PAV) akan ditambah nilai dengan konsep Gaya Hidup yang memberi peluang kepada rakan niaga MKWORLD untuk dan persekitaran menarik dengan melakukan aktiviti menyeronokkan seperti memancing, berkhemah, bersukan, jogging, ATV, bercucuk tanam, terapi dan banyak lagi

SALURAN PENDAPATAN

Melalui pelan Pembangunan Fasa 1 pada tahun 2022 hingga 2026, MKWORLD mensasarkan pembangunan Premium Agrofood Valley seluas 10,000 ekar di seluruh negara manakala dalam pelan Pembangunan Fasa 2 pada tahun 2028 hingga 2031, seluas 20,000 ekar lagi Pemium Agrofood Valley akan dibangunkan di seluruh negara.

Antara strategi MKWORLD untuk mempercepatkan pembangunan PAV adalah melalui konsep rakan niaga di mana institusi dan individu boleh terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh MKWORLD.

Terdapat dua model perniagaan yang boleh dipilih oleh rakan niaga samada Passive-Income Business Model dan High-Income Business Model.

× Boleh saya bantu anda?